fbpx

‘Skin tag’ jejas penampilan, mudarat pada diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Skin tag atau kutil kulit boleh menjejaskan penampilan diri seseorang selain berisiko mendatangkan kemudaratan pada kulit mangsa.

Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook berkata, kutil kulit adalah ketumbuhan kulit yang tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan apabila tersangkut pada barang kemas dan bergesel dengan pakaian.

Bagaimanapun katanya, perkara ini boleh dihindar melalui pemakaian yang longgar selain mengelakkan aksesori bergesel pada kulit.

Perkongsian PHM di Facebook

“Selain itu, mengekalkan berat badan yang sihat juga boleh mencegah kutil kulit kerana ia juga berkait dengan obesiti.

“Memastikan pelipat sentiasa kering dan bersih juga membantu kerana ia boleh mengurangkan geseran di kawasan berisiko kutil kulit,” katanya.

Tambahnya, kutil kulit biasa berlaku di pelipat kulit seperti leher, ketiak, bawah payudara, kelopak mata.

Namun begitu, membuang sendiri kutil kulit menggunakan rambut, gunting dan pisau tidak digalakkan kerana risiko kecederaan dan pendarahan.

“Prosedur yang selamat adalah hanya menerusi pembedahan kecil yang boleh dilakukan oleh doktor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI