fbpx

Polis buru ‘stalker’ ganggu pekerja kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang dipercayai menghendap seorang pekerja wanita kedai serbaneka di Taman Sri Serdang, di sini, Sabtu lalu.

Wanita terbabit bertindak mendedahkan perkara berkenaan di Twitter sebelum ia tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan berkata, suspek sering memerhati dan mengganggunya di tempat kerja.

Katanya, kejadian hendap itu dipercayai telah bermula sejak awal tahun ini sehingga menyebabkan emosi pengadu terganggu serta bimbang akan keselamatan dirinya.

“Difahamkan juga suspek bekerja sebagai pencuci kereta berhampiran tempat pengadu bekerja.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan telah berpindah tempat kerja baharu pada 23 April lalu tetapi masih datang mengganggu pengadu di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI