fbpx

Ops PeWA: 28 warga asing dicekup, setahun memandu tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat warga India yang bekerja sebagai pemandu ditahan kerana tiada dokumen dan lesen memandu

SHAH ALAM – Tindakan 28 warga asing memandu kenderaan tanpa lesen sejak setahun lalu terbongkar selepas ditahan dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di empat lokasi berasingan sekitar Lembah Klang, semalam.

Kesemua mereka terdiri daripada warga Myanmar, Pakistan dan Indonesia berusia 25 hingga 40 tahun itu ditangkap dalam operasi selama enam jam bermula 8 pagi sekitar Puchong, Klang, Paya Jaras dan Seri Kembangan.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, berdasarkan siasatan mendapati rata-rata warga asing yang bekerja sebagai penjual makanan menggunakan kenderaan dan motosikal bagi memudahkan untuk memasarkan barangan jualan mereka.

Katanya, kebanyakan kenderaan yang dipandu oleh warga asing merupakan milik warga tempatan.

“Mereka dikatakan menyewa motosikal atau kereta secara bulanan bagi tujuan tersebut dan menggunakannya sejak tahun lalu. Ada antara majikan juga ‘menggunakan’ perkhidmatan warga asing ini sebagai pemandu lori dan bas meskipun warga asing tidak boleh memiliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan berdasarkan pecahan warga asing yang ditahan adalah melibatkan 17 warga Myanmar selain Pakistan (4) dan Indonesia seramai dua orang.

Ujar Ahmad Kamarunzaman lagi pihaknya juga mengesan empat warga India dan seorang Rohingya yang masing-masing tidak mempunyai dokumentasi dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang nampak meragukan dan kemudiannya telah menyerahkan kepada Jabatan Imigresen.

“Sepanjang operasi itu sebanyak 296 kesalahan dikesan termasuk tiada CDL dan GDL, tiada insurans dan lesen memandu tamat tempoh.

Sebanyak 96 buah kenderaan telah diambil tindakan sepanjang operasi berlangsung dan kebanyakannya adalah jenis motosikal – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI