fbpx

Mahkamah: Bekas Timbalan CEO EMGS lepas, bebas tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Education Malaysia Global Services (EMGS) hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendapatkan suapan untuk membekalkan Kurma For Ramadan Gift, empat tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Wafiy Abd. Aziz, 38, di akhir kes pendakwaannya.

“Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu dan wang jaminan dikembalikan,” katanya.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu.

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula Jun 2020 dengan 24 saksi pendakwaan memberikan keterangan.

Mengikut pertuduhan, Wafiy didakwa mendapatkan suapan dengan meluluskan bayaran baucar EMGS bertarikh 3 Jun 2019 berjumlah RM12,175 kepada Mileeya Enterprise untuk membekalkan Kurma For Ramadhan Gift yang mana pemilik syarikat tersebut adalah saudara tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di EMGS, Jalan Mayang Sari di sini, pada 3 Jun 2019, mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI