fbpx

Lelaki pasang kamera pada lori rakam bawah skirt pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nishimura memandu secara perlahan di kawasan sekolah dan jalan sempit di sekitar Kyoto dan Uji bagi merakam bahagian bawah skirt pelajar perempuan. – Oddity Central

TOKYO  – Seorang lelaki berusia 44 tahun di Kyoto, Jepun ditahan dan dituduh berkelakuan tidak senonoh selepas dia memasang beberapa kamera di bawah lori miliknya untuk merakam bahagian bawah skirt pelajar, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Satoshi Nishimura dikatakan sengaja memandu perlahan di kawasan sekolah dan jalan sempit di sekitar Kyoto dan Uji bagi merakam bahagian bawah skirt pelajar perempuan menggunakan empat buah kamera.

Lelaki itu bagaimanapun menafikan dakwan tersebut dengan berkata,  dia memandu secara perlahan di jalan sempit dalam kawasan perumahan kerana mencari tempat untuk meletakkan kenderaan.

Namun, selepas menemui kamera-kamera tersebut, polis menyerbu rumah Nishimura dan menemui lebih 30 pemacu keras mengandungi beratus-ratus video tidak senonoh.

Polis juga percaya mangsa perbuatan tidak senonoh Nishimura mencecah 1,000 orang dalam tempoh antara September hingga Disember tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI