fbpx

Larkin Sentral kembali beroperasi sepenuhnya, hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terminal Larkin Sentral, Johor mula beroperasi setelah berlaku kebakaran pada Ahad baru-baru ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Perkhidmatan Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral (Larkin Sentral) dan Pasar Awam Larkin telah mula kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya bermula hari ini.

Pengurusan Larkin Sentral dalam satu kenyataan memberitahu, premis itu telah kembali beroperasi seperti biasa bermula pukul 5.30 pagi, semalam.

“Kawasan Bangunan Terminal, Platform Bas dan Masjid An-Nur Larkin Sentral telah dibuka semula kepada orang awam terutamanya penumpang bas. Sebahagian kawasan yang ditandakan sawar-sawar di Aras Bawah dan Aras Satu ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak bagi kerja-kerja siasatan, pembersihan dan baikpulih.

“Bangunan Pasar pula (Pasar Basah, Bazaar dan Medan Selera) akan dibuka semula seperti biasa bermula hari ini,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan daripada pihak Polis Bantuan dan keselamatan serta menjauhkan diri dari kawasan kebakaran.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku,” jelasnya lagi.

Kelmarin, operasi di Larkin Sentral terjejas apabila kebakaran memusnahkan empat premis perniagaan yang terletak di aras satu premis itu, seawal pukul 6 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI