fbpx

Kerajaan diminta permudah proses penempatan doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muruga

PETALING JAYA – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta kerajaan agar mempermudahkan proses pertukaran doktor yang ditempatkan di negeri lain.

Presiden MMA, Dr. Muruga Raj Rajathurai berkata, ia kerana cabaran yang dihadapi oleh golongan doktor berpindah ke negeri lain harus diambil kira.

Sehubungan itu, Dr. Muruga berkata, pihaknya menggariskan enam perkara untuk dipertimbangkan kerajaan bagi menambahbaik sistem pengagihan pekerja kesihatan untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata, antaranya adalah dengan memastikan tiada gangguan perkhidmatan di pusat penjagaan kesihatan selain memudahkan penempatan semula.

“Selain itu, memastikan pegawai perubatan yang menjalani latihan kepakaran tidak terjejas dan diberikan elaun penempatan yang munasabah.

“Pegawai juga perlu diberikan notis yang mencukupi untuk melapor diri dari tarikh surat penempatan, dengan kemudahan yang tepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pegawai perubatan yang telah berkhidmat dalam tempoh yang ditetapkan di Sabah dan Sarawak wajar diberi kebenaran untuk memohon pertukaran termasuk memudahkan proses permohonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI