fbpx

Kematian Dea Maisarah: 19 individu dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di IPK Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Polis telah merakamkan 19 keterangan individu bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak dikenali Dea Maisarah Bada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini meliputi kumpulan doktor selain ibu bapa, jiran dan pihak sekolah mangsa serta saksi polis yang berada di pondok HTAR.

Katanya, pihaknya juga sedang mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian bagi tujuan penelitian lanjut.

“Kita juga sedang menunggu laporan penuh forensik mengenai kematian kanak-kanak itu. Kertas siasatan mengenai kes itu akan dilengkapkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Ketika ditanya mengenai sama ada telah mengesan sebarang unsur kecuaian termasuk dokumen sijil mati mangsa yang diletakkan dibawa mati ke hospital, Hussein menjelaskan perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

“Setakat ini, kita belum dapat memberikan sebarang komen berkaitan di pihak mana ada kecuaian kerana benda ini masih disiasat polis,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis Selangor telah memulakan siasatan berhubung kematian Dea Maisarah Bada selepas menerima laporan yang masing-masing dibuat pihak hospital dan bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut.

Kes kematian kanak-kanak itu tular di media sosial termasuk dakwaan kanak-kanak terbabit lewat diberi rawatan sehingga terpaksa menunggu lebih 40 minit dalam keadaan sesak nafas.

Turut tular adalah surat kematian seorang kanak-kanak itu yang dikatakan mati ketika dibawa ke HTAR walaupun mangsa sempat menerima rawatan di hospital berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI