fbpx

Jus oren perah laku keras ‘angkara’ Lisa Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lisa memuat naik gambar dia menikmati segelas jus oren di Paris. – Instagram

BANGKOK –  Permintaan bagi jus oren perah meningkat mendadak di Thailand selepas penyanyi daripada kumpulan K-Pop terkenal, Lisa Blackpink berkongsikan hantaran memaparkan dia minum minuman itu di laman Instagram, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban, dalam satu hantaran menunjukkan dia menghirup segelas jus oren yang baru diperah beserta emoji buah oren pada keterangan gambar.

Kesan daripada hantaran tersebut membuatkan jualan jus oren meningkat terutamanya di wilayah asal penyanyi itu, Buriram.

Seorang peniaga gerai jus buah di pasar Khlong Thom, Surachai berkata, selepas Lisa memuat naik hantaran itu, dia menerima ramai pelanggan baharu dan sedia ada yang membeli minuman tersebut dalam kuantiti banyak.

Tidak cukup dengan itu, pembelian secara penghantaran ke rumah turut diterima.

Seorang pembeli dikenali sebagai Samniang, 61, pula berkata, dia menggemari jus oren segar, namun agak sukar untuk mendapatkan minuman itu kebelakangan ini kerana bekalannya agak terhad.

Namun, selepas anaknya memberitahu lokasi lain yang menjual air itu, dia bergegas pergi ke tempat tersebut bagi mendapatkan jus oren segar.

Lisa kerap menggunakan platform media sosialnya untuk mempromosi dan menunjukkan produk keluaran Thailand yang kemudiannya memberi pengaruh besar kepada jualan produk-produk tersebut.

Antara yang pernah dipromosikan adalah krim Thai Siang Pure Balm, susu jenama Nong Pho, bebola daging, penkek silom roti, kerabu mangga dan teh Thai. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI