fbpx

Jocelyn Chia dikecam guna kes The 1975 untuk perlekeh Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Jocelyn Chia di Twitter

PETALING JAYA – Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia kembali mempersenda kerajaan Malaysia susulan aksi biadab kumpulan dari British, The 1975 ketika membuat persembahan di Sepang baru-baru ini.

Jocelyn melalui satu ciapan turut mengalu-alukan kumpulan tersebut di dalam senarai individu yang disenarai hitamkan oleh negara ini selain mempersoalkan mengapa INTERPOL tidak diarahkan untuk menahan mereka.

“Selamat datang Matty Healy ke dalam senarai yang disekat oleh Malaysia. Namun, mana arahan supaya dia ditahan dan INTERPOL digesa mengesan di mana dia berada kerana dikatakan melanggar undang-undang Malaysia ketika berada di negara itu?.

“Adakah Malaysia sudah berlembut? Atau betul seperti kata orang, kerana dia berkulit putih?,” ciapnya.

Ciapan tersebut kini telah mendapat kira-kira 40 komen dan dibaca kira-kira 15,000 kali.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyelar kenyataan wanita tersebut yang dilihat mengambil kesempatan terhadap kejadian berkenaan.

“Mungkin sebab mereka tak menjadikan nyawa orang sebagai bahan jenaka?,” kata Dookie.

“Kritikan anda kepada rakyat Malaysia masih tidak membolehkan ‘lawak’ menggunakan tragedi MH370,” kata Jasman.

“Sebagai rakyat Singapura, perangai kamu memalukan. Harap kamu tidak kembali ke negara ini lagi,” kata Fearless.

“Sanggup gunakan kejadian The 1975 untuk kekal relevan,” kata Moly. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI