fbpx

Isteri SRK, Gauri hias rumah macam mahligai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN beri kebebasan sepenuhnya kepada Gauri dalam menguruskan rumah tangga mereka.

PERKONGSIAN isteri Shah Rukh Khan yang menunjukkan rumah mewah mereka di Mumbai, India sebagai kediaman menepati cita rasa seisi keluarganya meraih tumpuan ramai.

Katanya, segala hiasan dan perincian rekaan dalaman adalah hasil ideanya sendiri, bersesuaian kehidupan mereka sekeluarga bersama tiga cahaya mata iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan AbRam Khan.

Wanita jelita itu menunjukkan hampir semua perincian penting di ruang utama membabitkan meja konsol vintage, lukisan serta kelengkapan lampu yang mewah.

Meja konsol yang didedahkan kepada umum itu turut dihiasi kendi perak, manakala bahan bermotifkan kayu turut menjadi pilihannya.

“Rumah adalah tempat kita menjadi diri sendiri dan sudah tentu kita ingin merealisasikan setiap inci kediaman dengan selera sendiri,” katanya yang turut menerbitkan buku meja kopi berjudul My Life In Design.

Akui penerbit syarikat produksi itu, kecenderungan terhadap rekaan dalaman turut disokong dan mendapat kepercayaan penuh si suami tercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI