fbpx

Intuisi penampilan gaya segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA merupakan pilihan peribadi serta luahan si pemakainya.

GAYA merupakan pilihan peribadi serta luahan si pemakainya. Sememangnya tiada siapa yang sepatutnya menentukan anda tentang bagaimana untuk berpakaian.

Apa yang penting adalah intuisi diri dan jika anda cukup yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan atau padanan, teruskan niat anda untuk bereksperimentasi dengan fesyen.

Untuk mendapatkan gaya segar dan menarik, kadangkala kita perlu berani serta bijak menyuntik sedikit perubahan pada penampilan.

Bagi yang mahu menambah ceria dalam penampilan, saya titipkan aliran trend terkini untuk sepanjang hari.

Warna
Putih cukup moden, ringkas, segar dan anggun. Rekaan pakaian dalam rona putih, perlu mengikut bentuk badan dan mungkin barang kemas pula perlu miliki bentuk tersendiri tetapi tidak berkilat (sparkle-free).

Sama ada gaun bersulam, sut atau kemeja, pilihan adalah tidak terbatas. Aksesori pula semestinya ringkas tanpa terlalu banyak perincian.

Dapatkan padanan kasut dalam warna neutral dan beg rona putih sebagai pelengkap gaya.

Jika memilih skirt mini, kaki anda lebih menarik jika dibiarkan tanpa memakai stoking. Antara warna yang popular di pentas peragaan musim panas/bunga 2023 adalah rona kehijauan. Anda perlu berani mencuba sebelum membuat keputusan.

 

Corak polka dot
Reka corak polka dot sering mendapat tempat dalam koleksi pereka antarabangsa dari musim ke musim.

Rekaan yang diperagakan dalam corak ini kontemporari, ceria dan feminin.

Antara rekaan yang menarik adalah gaun polka dot yang cukup menambat hati sesiapa yang melihat.

Beg
Untuk musim ini, dapatkan beg yang praktikal dan penuh gaya untuk anda yang gemar membawa pelbagai keperluan peribadi ke pejabat.

Sememangnya lebih besar beg, lebih baik untuk anda – payung, kasut, majalah dan sebagainya, kini anda boleh bawa kesemuanya. Rekaan beg bersaiz besar didatangkan dalam pelbagai rekaan yang cukup stylish.

Penggunaan beg yang besar praktikal untuk kegunaan sepanjang hari.

Aksesori
Jika anda tidak mampu bermewah-mewah dalam berpakaian, anda perlu beri perhatian kepada pemilihan aksesori.

Perlu diingat pakaian yang sama tetapi dengan padanan aksesori yang pelbagai dan berlainan, dapat mengubah penampilan setiap masa.

Namun begitu, jika anda peruntukkan untuk membeli setiap set lengkap aksesori dalam pelbagai warna, dinasihatkan hanya memilih satu warna yang boleh dipadankan dengan pakaian yang ada dalam almari anda.

Jika perlu jimatkan kos, pilihlah warna-warna versatil seperti hitam, biru kelasi dan coklat.

Kaca mata
Kaca mata hitam adalah alternatif kepada mereka yang mahukan barangan seperti beg tangan dan pakaian dalam jenama yang mewah, tetapi tidak mampu untuk memilikinya kerana harga yang melampau tinggi.

Kaca mata hitam jenama antarabangsa dapat memberi impak segera walaupun dari jarak jauh apabila anda menggayakannya.

Ia bukan hanya memberi nafas baru kepada penampilan, malahan juga satu cara paling ekonomi, mudah dan praktilkal untuk kita mengikut peredaran gaya atau trend terbaharu.

Pakaian ropol
Bagi mereka yang mahu menggayakan pakaian yang beropol (ruffles), pilihan yang bijak ialah hadkan penggunaan ropol hanya di bahagian tebuk leher atau hujung kain.

Penggunaan aksesori tambahan tidak digalakkan.

Jika mahu juga pilihlah aksesori yang tidak terlalu menonjol, ringkas dan bersaiz kecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI