fbpx

GRIP mampu tarik pelaburan sehingga RM8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN (dua dari kanan) menyempurnakan pelancaran projek GRIP di Kota Puteri, Gombak hari ini.

GOMBAK – Pembukaan Taman Perindustrian Hijau (GRIP) di Kota Puteri, di sini mampu menarik pelaburan sehingga RM8 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abas berkata, kawasan taman perindustrian yang berkeluasan 152 hektar (377 ekar) itu mampu memuatkan lebih 200 buah kilang.

“Taman perindustrian ini adalah berkonsepkan Taman Perindustrian Berpusat dan Berpagar (Managed Industrial Park) dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion.

“Apa yang menarik mengenai GRIP ini adalah ia pusat industri yang mementingkan penjagaan alam sekitar kerana kita mahu kurangkan pencemaran di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis pelancaran projek GRIP yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di sini hari ini.

Menurutnya, projek tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri di dalam Rancangan Selangor 1 (RS 1).

“Pembangunan GRIP akan menawarkan produk seperti lot industri sebuah atau kilang berkembar dengan pemilikan secara individu.

“Mementingkan aktiviti perindustrian secara mesra alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang baik (ESG), kita akan bangunkan ruangan bekerja bersama (co-working space), stesen mengecas kenderaan elektrik (EV), kaunter khidmat setempat, ruang pameran bagi kegunaan pengilang dan lain-lain.

“Malah, kita juga akan bina asrama pekerja berpusat (CLQ) yang mampu menampung kira-kira 4,000 pekerja,” ulasnya.

Kata Mahmud, GRIP akan dibangunkan secara tiga fasa, yang mana PKNS menyasarkan untuk memulakan kerja pembangunan fasa pertama seluas 50 hektar pada suku keempat tahun ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI