fbpx

Cuaca baik di seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik hampir di seluruh negara sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hanya akan melanda beberapa daerah di Terengganu.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI