fbpx

[VIDEO] Berpeluh-peluh, Ayda Jebat bakal timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Ayda Jebat dijadualkan bersalin anak kedua November depan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ayda Jebat membuat kejutan dirinya kini hamil anak kedua dan bakal bersalin sekitar November nanti.

Tidak sendirian membuka mulut, peserta pertandingan Famili Duo itu turut meminta suaminya, Nabil Mahir tampil ke pentas bercerita tentang perkara tersebut.

Menurut Nabil, usia kandungan Ayda atau nama penuhnya Nur Shuhada Jebat, 31, kini sudah memasuki lima bulan.

“Perkara yang kami mahu kongsi hari ini ialah, saya dan Ayda sudah ‘bekerjasama serta berpeluh-peluh’ mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua.

“Alhamdulillah, kandungan sudah berusia lima bulan,” kongsinya sebelum bermulanya sidang akhbar drama terbaharu lakonan Ayda, Bukan Cinta Sempurna di sini, hari ini.

Sekitar Januari lalu, Ayda yang juga penyanyi memberitahu sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua tahun ini.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama.

Sementara itu, meninjau dalam Instagramnya, Ayda baru sahaja memuat naik sebuah video yang dipercayai dirakam sekitar Hari Raya Aidilfitri, April lalu memaparkan Nabil dan keluarganya baru diberikan satu kejutan tentang kehamilan Ayda. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI