fbpx

Anggota bomba bakar harta benda kerana bosan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nutter turut membakar struktur lama yang ditinggalkan di daerah Coconino. – Pejabat Syerif Daerah Yavapai

PHOENIX, ARIZONA – Seorang anggota bomba di  Ash Fork, Arizona ditahan selepas mencetuskan beberapa kebakaran kerana dia berasa bosan, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Karson Nutter, 18, mengaku terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh daripada lapan kebakaran yang berlaku di daerah Ash Fork dan Coconino sejak  15 Jun lalu.

Menurut polis, anggota bomba sukarela yang berkhidmat dengan Jabatan Bomba Ash Fork itu mengaku membakar harta benda kerana bosan, mahukan cabaran dan sebagai tindakan membalas dendam terhadap bekas majikannya. 

“Empat kebakaran melibatkan struktur. Ketika membuat pengakuan, Nutter berkata bahawa dia menyasarkan beberapa buah rumah kosong yang sudah usang,” kata polis.

Nutter kini ditahan di Pusat Tahanan Yavapai.

Dia berdepan tiga pertuduhan membakar bangunan, kerosakan jenayah dan lima pertuduhan membuat laporan palsu kepada penguatkuasa undang-undang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI