fbpx

Alasan Sherlyn Copra tidur dengan ramai lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERLYN CHOPRA

SINONIM dengan imej berani dan ‘daring’, aktres Sherlyn Copra sememangnya tidak gentar berdepan kecaman apabila mendedahkan pernah tidur dengan ramai lelaki.

Namun akui penyeri muka depan Playboy India itu, semuanya dilakukan atas dasar suka sama suka, bukan kerana wang semata-mata.

Biarpun hidup dilimpahi kemewahan daripada individu yang rapat dengannya, dia bertegas tidak sama sekali berhubungan intim jika tidak menyukai lelaki terbabit.

“Saya bukan wanita pendamping atau ‘call girl’. Saya cuma berseronok dengan orang yang saya suka,” kata pelakon berusia 36 tahun itu.

Aktres yang bakal tampil dengan lagu genre hip-hop itu turut mengakui pernah mempunyai seorang kekasih yang juga anak ahli politik.

Ungkap Sherlyn lagi, lelaki yang kini menceburi arena politik itu melayaninya dengan baik, selain sangat berbeza berbanding orang lain yang cuba merapatinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI