fbpx

250 petugas pasukan penyelamat bencana di Turkiye terima pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan memakaikan pingat misi bantuan kemanusiaan dan bencana Turkiye kepada anggota SMART pada Majlis Penganugerahan Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Turkiye 2023 di PICC, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Seramai 250 petugas pasukan penyelamat bagi misi bencana di Turkiye pada Februari lalu menjadi kumpulan pertama menerima Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan.

Pingat itu pertama kali diwujudkan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota penyelamat yang terbabit misi bencana dan menyelamat di luar negara.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Azmizan dalam ucapannya berkata, pingat itu bagi mengiktiraf peranan disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye yang terdiri daripada pelbagai anggota pasukan penyelamat.

“Ia termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Katanya, pasukan pertama petugas penyelamat negara mula digerakkan ke Turkiye pada 6 Februari lalu bagi menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap akibat gempa bumi di Gaziantep.

Armizan berkata, pasukan penyelamat Malaysia telah berjaya menyelamatkan lima mangsa yang masih hidup dan mengeluarkan 47 mangsa yang telah meninggal dunia di bawah runtuhan bangunan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berhadapan dengan beberapa cabaran yang agak mencabar antaranya cuaca ekstrem di lokasi bencana, koordinasi logistik dan pengangkutan serta perbezaan bahasa dan budaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI