fbpx

19 warga asing kendali bot nelayan tempatan ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NELAYAN asing yang mengendalikan kapal nelayan tempatan tanpa dokumen pengenalan diri sah ditahan di perairan Bagan Datuk tengah hari semalam. - Foto Ihsan APMM

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang dikendalikan 19 warga asing secara haram di perairan Bagan Datuk, dekat sini tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bot itu dikesan pada kedudukan 6.4 batu nautika barat Sungai Tiang, Bagan Datuk, pada sekitar pukul 1 tengah hari.

Menurutnya, bot itu dikesan oleh bot peronda pasukan itu ketika melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Perak dan dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh tiga kru warga Thailand dan 16 kru warga Myanmar berumur lingkungan 21 hingga 52 tahun,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Justeru, jelasnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran yang sah serta Akta Imigresen 1959/63 kerana memalsukan dokumen serta tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Terangnya, kesemua nelayan ditahan, bot berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh untuk diserah kepada pegawai penyiasat bagi tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI