fbpx

Wildcard Kejohanan Dunia milik Azeem?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (depan) berswafoto dengan para peminatnya di SMK Putrajaya Presint 8 (1) di Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bintang pecut negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi dikatakan hampir pasti beraksi pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary dari 19 hingga 27 Ogos ini atas tiket wildcard.

Ia berdasarkan situasi masih tiada atlet negara melayakkan diri secara merit ke pentas berprestij dunia itu dengan masa semakin suntuk sebelum tarikh akhir kelayakan ditutup pada 31 Julai ini.

Disebabkan itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mungkin menghantar Azeem, 19, atas tiket wildcard lelaki, manakala ratu 400 meter (m) negara, Shereen Samson Vallabouy pula untuk kapasiti wanita.

“Belum pasti lagi wildcard buat masa ini tetapi saya berharap dapat beraksi pada kejohanan itu. Berdasarkan ranking Olahraga Dunia, saya merupakan atlet Malaysia yang mengumpul mata tertinggi.

“Saya harap dengan penyertaan ke Kejohanan Dunia bulan depan dapat memantapkan persediaan saya ke Sukan Asia Hangzhou di China pada September nanti.

“Kalau diberikan peluang, saya akan cuba sehabis baik bersaing dengan jaguh-jaguh pecut dunia yang lain kerana ia satu kejohanan terbaik menuju ke Sukan Asia nanti,” kata pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan itu.

AZEEM (tengah) dan Umar (kanan) dijemput menghadiri sesi bertemu peminat pada SMK Putrajaya Presint 8 (1) yang turut dihadiri Hannah Yeoh di Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Azeem berkata demikian selepas sesi ‘Meet & Great’ dengan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di Putrajaya hari ini.

Turut hadir pada sesi bertemu peminat adalah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan pemegang rekod 400m kebangsaan yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023, Umar Osman.

Sebagai rekod, atlet dari Teluk Intan, Perak itu ketika ini menghuni tangga ke-90 dunia dengan mengumpul 1,186 mata.

Shereen yang berada di ranking ke-116 dunia, juga menunjukkan prestasi hebat tahun ini apabila memecahkan rekod 400m kebangsaan sebelum memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023.

Jika menjadi kenyataan, ia merupakan debut buat Azeem di Kejohanan Dunia, manakala Shereen pula menjadi penampilan kedua selepas beraksi atas tiket wildcard pada edisi tahun lalu di Oregon, Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI