fbpx

[VIDEO] Tiga ditangkap bakar kedai motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedai tersebut yang dibakar suspek.

KLANG – Tiga termasuk seorang wanita yang dipercayai membakar sebuah kedai motosikal berjaya dicekup di Jalan Bukit Kapar hari ini.

Penahanan ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 25 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, terdahulu pihaknya menerima aduan berhubung satu kejadian khianat dengan api melibatkan sebuah kedai membaiki motosikal di pekan Kapar kira-kira pukul 8.53 pagi.

Katanya, kejadian tersebut turut tular di beberapa platform media sosial.

“Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dengan motif kejadian masih dalam siasatan.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pukul 9 pagi esok di Mahkamah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Justeru, Vijaya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya kepada pihaknya atau mana-mana balai polis berhampiran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI