fbpx

Transgender tidak dibenarkan sertai pertandingan ratu cantik Miss Italia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Rikkie Valerie Kolle memenangi pertandingan ratu cantik Belanda di Leusden pada 8 Julai lalu. - AFP

ROM, Itali – Penganjur ratu cantik Miss Italia tidak akan membenarkan golongan transgender bersaing dalam pertandingan itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penaung Miss Italia, Patrizia Mirigliani berkata, peserta Miss Italia mesti terdiri daripada wanita sebenar yang jantina mereka disahkan semasa lahir,  tanpa berkiblat kepada trend transgender masa kini.

Keputusan itu dibuat setelah Belanda menobatkan seorang peserta lelaki yang merupakan transgender pertama memenangi pertandingan ratu cantik negara berkenaan, Rikkie Valerie Kolle, 22, pada 8 Julai lalu.

Mirigliani berkata, adalah tidak munasabah untuk pertandingan ratu cantik cuba menarik perhatian orang ramai dengan memasukkan golongan transgender sebagai peserta.

Bagaimanapun, katanya, dia gembira jika pertandingan di Belanda ingin menjadikan golongan transgender sebagai peserta.

“Sejak ia diadakan, pertandingan saya telah mengatur bahawa peserta ialah seorang wanita sejak lahir. 

Dia turut menyatakan bahawa wanita yang mempunyai tatu, tindikan, dan melakukan penambahbaikan kosmetik lain, dibenarkan untuk  menyertai Miss Italia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI