fbpx

Tiga maut, MPV hilang kawalan di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan hari ini.

PEKAN – Gara-gara kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki hilang kawalan, dua penumpang dan seorang pemandu maut selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat di sini hari ini.

Mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang kereta Toyota Vios iaitu Ayub Zakaria, 66, dan Podziah Daharun, 65.

Kemalangan turut mengorbankan penumpang kereta Perodua Myvi, Muhammad Azrin Ahmad Nazri,19.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, semasa kejadian, MPV jenis Perodua Alza tersebut dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu MPV dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. Kenderaan itu kemudian bertembung dengan kereta Perodua Myvi sebelum dilanggar pula kereta Toyota Vios yang datang dari arah Segamat.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Vios dan seorang penumpang serta penumpang Perodua MyVi meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan di sini untuk bedah disiasat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI