fbpx

Tapir Malaysia berenang ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapir yang ditemui sesat di Punggol Park Connector, Singapura. Foto Ihsan The Straits Times.

PETALING JAYA – Seekor tapir Malaya dipercayai berenang dari Malaysia ke Singapura apabila haiwan itu ditemui berada di Punggol Park Connector, Singapura baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), Kalai Vanan Balakrishnan, pihaknya telah menerima aduan tentang kehadiran haiwan berkenaan daripada orang awam.

Bagaimanapun katanya, haiwan terbabit kembali semula ke dalam laut.

“Kami berharap ia akan dihantar pulang jika ia ditangkap dan menemui habitat sesuai di tempat asalnya,” katanya ketika dipetik berkata kepada The Straits Times.

Terdahulu, penemuan haiwan itu tular di negara terbabit selepas beberapa pengguna media sosial berkongsi gambar dan video kehadiran haiwan terbabit di taman berkenaan.

Menerusi klip video yang tular itu, bahagian belakang tapir boleh dilihat bergoyang kiri kanan ketika ia berjalan di sepanjang laluan sebelum hilang di sebalik tumbuh-tumbuhan.

Untuk rekod, pada 2016, seekor tapir Malaya ditemui di sebuah kawasan di Changi kira-kira pukul 4.30 pagi ketika berlari-lari anak berdekatan pagar besi.

Sebelum itu, kali terakhir Singapura merekodkan penemuan tapir adalah pada tahun 1986 di Pulau Ubin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI