fbpx

Saya tidak pernah minta PM tarik pertuduhan mahkamah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kiri) bersama Ahmad Zahid (dua dari kanan) pada Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di Machang, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

MACHANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik segala pertuduhan berkait rasuah yang sedang dihadapinya di mahkamah, ketika ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyatakan bahawa Anwar sendiri boleh mengesahkan perkara tersebut.

“Saya tidak minta pertuduhan itu (rasuah) ditarik balik dan Perdana Menteri sendiri boleh mengesahkannya.

“Sebaliknya, saya bersedia untuk berdepan dengan semua pertuduhan,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, di sini sebentar tadi.

Pada 16 Januari lalu, Ahmad Zahid muncul buat kali pertama di mahkamah selepas bergelar Timbalan Perdana Menteri bagi menghadapi perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI