fbpx

Saya tidak perlu memohon maaf – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

PETALING JAYA – “Apakah beliau bermimpi?” kata Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa merujuk kepada kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang membabitkan dirinya.

Menurut Annuar, Kit Siang pada Sabtu lalu menyatakan akan memulakan tindakan guaman terhadapnya dan tidak akan menerima permohonan maaf serta mahukan ganti rugi.

Dakwa Annuar, Kit Siang terkeliru kerana beliau mempertahankan kenyataannya berhubung 13 Mei 1969 dan tidak pernah berkata akan memohon maaf untuk mengelakkan ugutan ganti rugi.

“Saya mengalu-alukan tindakan guamannya. Jawapan peguam saya bertarikh 21 Julai 2023 memberikan bukti-bukti yang mengaitkannya dengan rusuhan 13 Mei 1969 dan dia sendiri sering membangkitkan hal ini termasuk kebelakangan ini.

“Dia berangan-angan bahawa saya akan memohon maaf atas kenyataan saya yang merupakan fakta yang terdapat dalam pelbagai tulisan, hansard Parlimen dan rekod keselamatan.

“Saya tidak perlu memohon maaf, malah beliaulah yang perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala ungkapannya yang sering menyinggung perasaan dan sentimen orang Melayu dan kaum bumiputera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Annuar sebelum ini memaklumkan telah menerima surat surat tuntutan (LOD) daripada Kit Siang berhubung ucapan beliau yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Kit Siang sebelum ini memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Annuar kerana didakwa mengaitkannya dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyatakan akan turut menuntut ganti rugi daripada daripada Annuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI