fbpx

PRN: Dr. Alias mahu berundur dari DUN Bukit Tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias Razak.

KUALA NERUS – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak membayangkan tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Beliau yang menyandang kerusi DUN itu sejak tiga penggal lalu memberitahu mahu memberi fokus sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Sehubungan itu, Alias menyarankan Pas mengemukakan calon muda bagi menggalas misi terus mempertahankan kerusi DUN Bukit Tunggal pada PRN kali ini.

“Soal terpilih (sebagai calon) atau sebaliknya itu terpulang kepada pucuk pimpinan tetapi pada saya, bagi peluang kepada orang muda pula bertanding (DUN Bukit Tunggal) pada PRN nanti.

“Saya sudah jadi Ahli Parlimen (Kuala Nerus) yang lagi banyak cabaran, biar saya fokus (tugas sebagai Ahli Parlimen). Insya-Allah, DUN Bukit Tunggal akan ada calon baharu dari Pas,” katanya di sini hari ini.

Dalam PRU15, Alias memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus mengatasi tiga calon lain termasuk penyandang, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 29,765 undi.

Alias berkata, beliau merasakan tidak sukar untuk mencari penggantinya kerana Pas sentiasa memiliki pelapis berkaliber untuk diketengahkan.

Tambahnya, beliau juga percaya setiap keputusan yang akan diputuskan Majlis Syura Ulama Pas kelak diterima ahli parti tanpa berbelah bahagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI