fbpx

PRN: Baby Shima ingin jadi calon Bebas, bela nasib rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik Baby Shima di Instagramnya petang tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut, Baby Shima mengumumkan bahawa dirinya bakal bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Baby Shima berkongsi mengenai penglibatannya dalam PRN Ogos ini melalui satu video yang dimuat naik di Instagramnya petang tadi.

“Dengan penuh rasa rendah diri dan mohon jasa baik semua rakyat Malaysia. Shima akan bertanding PRN ini dan berkhidmat untuk semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, Baby Shima tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri mana bakal bertanding.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya dalam video tersebut.

Meninjau komen di hantaran berkenaan, rata-rata dilihat tidak sabar ingin mengetahui DUN serta negeri mana Baby Shima akan bertanding. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI