fbpx

Polemik gender musnahkan institusi keluarga di Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Demostrasi yang dilakukan oleh golongan songsang di negara Barat. - AFP

Apabila mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran berapa dekad lalu, ruangan jantina atau gender semestinya lelaki atau perempuan.

Melangkah jauh ke waktu ini, pilihan tersebut jauh berubah khususnya di Barat apatah lagi Amerika Syarikat.

Gender masa kini tiada lagi padanan biologi, lantaran kewujudan lebih 30 jantina sebagai pilihan.

Antara gender semasa termasuk transgender, gay, lesbian, biseksual, agender, aliagender, bigender, BOI, demiboy, demigirl, FTM , MTF, multigender, omnigender dan banyak lagi.

Malah, di Barat juga terdapat golongan yang merujuk diri mereka sebagai haiwan dan bukannya manusia, namun penulis lupa terma yang digunakan untuk kategori tersebut.

Di Amerika, rasanya anda boleh bertukar gender mengikut perasaan anda.

Hari ini anda lelaki tetapi mungkin esok anda tiada ‘mood’ dan bertukar menjadi ‘wanita’.

Namun, apa yang peliknya apabila perkara tersebut diterima oleh masyarakat di sana.

Polemik gender ini memporakperandakan masyarakat dan memusnahkan institusi keluarga dan ia ketika ini sedang berlaku secara terang-terangan dalam masyarakat Barat.

Lebih menakutkan, ideologi ini diterapkan ke dalam sistem pendidikan seawal prasekolah.

Ia menyaksikan wanita-wanita transgender atau bahasa mudahnya mak nyah diundang memberi ‘ceramah’ kepada anak-anak di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Lantaran itu, ibu bapa begitu sukar untuk melentur atau menerapkan nilai-nilai kekeluargaan atau gender ‘konvensional’ yang mereka mahu ke dalam diri anak-anak.

Sistem pendidikan di Barat pula sudah berpaksikan kepada ideologi tersebut dan mahu ibu bapa menyokong kepelbagaian gender serta menghormatinya.

Pencapaian feminisme dan hak wanita di Barat turut terancam disebabkan ideologi tersebut.

Mereka terpaksa berkongsi bukan sahaja hak, malah tandas dengan wanita transgender.

Di Barat juga menyaksikan golongan majoriti yang percaya kepada dua jantina terpaksa tunduk kepada kumpulan minoriti yang memperjuangkan kepelbagaian gender.

Pada hemat penulis, kadang- kadang, negara atau tamadun yang kuat itu tidak semestinya ditewaskan, namun boleh juga runtuh dari dalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI