fbpx

PN umum 56 calon DUN Selangor Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (tengah) bersama kepimpinan dan penyokong parti pada majlis di Tanjong Karang, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Senarai nama 56 calon Perikatan Nasional (PN) Selangor yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diumumkan pada Rabu ini.

Majlis pengumuman calon bagi semua Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dijangka berlangsung di Taman Medan, Petaling Jaya, kira-kira pukul 8 malam.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sudah memuktamadkan sepenuhnya agihan semua kerusi tersebut.

“Kita setakat ini akan mempertaruhkan calon-calon bagi kesemua 56 kerusi DUN di Selangor. Senarai itu akan diumumkan oleh Pengerusi PN negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Ketika ditanya mengenai ‘poster boy’ dan calon Menteri Besar Selangor, kata beliau, pihaknya masih berbincang mengenai rancangan dan strategi bagi menghadapi PRN di negeri ini.

“Kita terlebih dulu akan mengumumkan nama calon dan perkara berkaitan pada Rabu ini. Soal itu (poster boy) kita tunggu dulu,” ujarnya.

Tambah beliau, pengumuman calon bagi lima negeri lain juga akan dibuat oleh Pengerusi PN negeri tersebut.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, PN menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membuat penilaian dalam membantu komuniti kaum India.

“Jawatankuasa itu sudah diluluskan Majlis Tertinggi minggu lalu dan dipengerusikan sendiri oleh saya. Semua kaum India juga boleh menyertai mana-mana parti komponen dalam PN sama ada Bersatu, Pas dan Gerakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI