fbpx

Perbuatan pelik lelaki di persimpangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal berhenti tanpa menyeberangi persimpangan di Don Mueang, Bangkok. - KhaoSod

BANGKOK  –  Dalam kejadian yang membingungkan di daerah Don Mueang, Bangkok, seorang lelaki mencetuskan kekecohan orang ramai kerana berterusan enggan menyeberangi persimpangan lampu isyarat dengan motosikalnya, lapor portal berita Thaiger.

Tingkah laku misteri itu berlaku hari ini dengan sebilangan netizen membuat spekulasi bahawa dia fobia pada persimpangan lampu isyarat.

Perbuatannya agak luar biasa apabila dia memberhentikan motosikalnya di belakang garisan putih di sebuah persimpangan lampu isyarat dan enggan menunggang motosikal itu lebih jauh sekali gus menghalang pengguna jalan raya lain.

Laman sosial dikenali sebagai ‘Want to be Famous, Let’s Arrange It – Retire Part 6’ memperbesarkan-besarkan isu tersebut.

Laman tersebut mempersoalkan jika pihak berkuasa boleh campur tangan, memandangkan tindakannya mengganggu lalu-lintas. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI