fbpx

Pemandu pelancong berbahasa Mandarin di Masjid Sri Sendayan, tarik pelancong China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafiq Lee (kanan) memberi penerangan kepada pelancong luar yang menyertai program Mosque Tour Sendayan 2023 di Masjid Sri Sendayan, Seremban. Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI/KOSMO!

SEREMBAN – Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) berhasrat menjadikan Masjid Sri Sendayan di sini sebagai salah sebuah masjid di negara yang mempunyai pemandu pelancong yang berkebolehan dalam bahasa Mandarin.

Ketua Exco Dakwah Macma, Robert Ta Honn Yu berkata, ia selepas Masjid Sri Sendayan kini mula dikenali dan sering dikunjungi pelancong luar negara termasuk dari negara China.

Jelas beliau, jika perkara itu berjaya direalisasikan, Masjid Sri Sendayan akan menjadi masjid ketiga di negara ini yang mempunyai pemandu pelancong berbahasa Mandarin selepas Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Sultan Ahmad Shah, Pahang.

“Masjid Sri Sendayan menerima sambutan menggalakkan dari pelancong negara China, keindahan seni bina masjid ini menjadi tarikan dan dikenali ramai.

“Bagaimanapun, di sini tiada pemandu pelancong untuk memberi penerangan ataupun membawa mereka melawat sekitar masjid dengan menggunakan bahasa Mandarin.

“Oleh itu, kami mahu mencari lebih ramai sukarelawan yang boleh menjadi pemandu pelancong di masjid terpilih ini. Kami alu-alukan mereka yang fasih mandarin dan berminat menjadi pemandu pelancong dan boleh terus menghubungi saya,” katanya pada Program Mosque Tour Sendayan 2023 di Masjid Sri Sendayan di sini.

Sementara itu, Pengerusi Macma Negeri Sembilan, Muhammad Shafiq Lee Abdullah berkata, program yang dianjurkan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi pemandu pelancong selain memberi pemahaman kepada pelancong dengan mengenali lebih dekat kesenian yang ada masjid di negara ini

“Masjid memang berpotensi menjadi tarikan pelancong termasuk dari China. Sekiranya terdapat lebih ramai pemandu pelancong tentunya boleh membantu memperkenalkan masjid ini kepada orang luar,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI