fbpx

Nak kurus, Cillian Murphy makan sebiji badam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIILIAN MURPHY

DEMI merealisasikan watak dalam filem baharunya berjudul Oppenheimer, aktor Cillian Murphy sanggup mengamalkan diet ketat bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih kurus.

Rutin diet ketat tersebut memaksa Murphy hanya makan sebiji badam sehari bagi menjayakan karakter sebagai pakar bom atom bernama J. Robert Oppenheimer.

Perkara tersebut didedahkan aktres gandingannya iaitu Emily Blunt yang memberitahu Murphy berusaha keras untuk mencapai misinya.

“Usahanya untuk filem ini sangat luar biasa, tidak ambil makanan lain dan hanya sebiji buah badam sehari.

“Namun, dia tidak menggalakkan orang lain meniru rutin dietnya kerana dianggap tidak sihat dan boleh memudaratkan diri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI