fbpx

Masak nugget merah jambu sempena demam Barbie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar masakan nugget merah jambu bertemakan filem Barbie.

PETALING JAYA – Akibat terpengaruh dengan filem Barbie, seorang pelajar kolej berkongsi resipi masakan nugget bersama kuah berwarna merah jambu ala-ala warna Barbie.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syiqinazrin di TikTok, masakannya itu bersempena dengan kemeriahan demam filem tersebut yang sedang berlangsung di negara ini.

“Sebab sekarang ialah musim Barbie. Jujurnya, saya pun tidak ada selera untuk makan lauk ini semasa memasak, tetapi boleh saja dimakan. Mungkin kena tutup mata,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai rasa masakannya itu, katanya, ia seakan pasta Gigi Hadid yang pernah tular di sosial media.

“Resipinya sama saja cuma saya tambah pewarna makanan. Rasa nugget berwarna merah jambu itu biasa saja, sedikit creamy (berlemak)“ ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 703,400 tontonan, 41,600 tanda suka dan 2764 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terkejut dengan inovasi masakan yang dikongsi pelajar itu, malah ada yang turut mempersoalkannya.

“Selepas ini boleh buat ayam masak Barbie pulak,” usik Eswhyae.

“Tak bolehlah kalau warna pink macam ini, saya bayangkan makanan itu manis,” komen Belangwoo. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI