fbpx

Mahkamah: SPRM tahan suami isteri bantu siasatan perolehan ratusan ribu ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek pertama (belakang, kiri) dan isterinya (hadapan, tengah) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai sebuah jabatan kerajaan negeri Terengganu dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes salah guna kuasa melibatkan perolehan bernilai lebih ratusan ribu ringgit.

Pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini berikutan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mengesyaki penjawat awam berusia lewat 30-an tersebut telah mengesyorkan perolehan kerja sebuah jabatan kerajaan negeri Terengganu kepada syarikat dimiliki ibubapanya.

“Syarikat itu diuruskan isterinya yang berumur 40-an. Perolehan tersebut mula diterima syarikat berkenaan sejak tahun 2019.

“Nilai keseluruhan perolehan kerja yang didakwa diterima syarikat tersebut sejak empat tahun lalu dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, pihaknya turut menyita kenderaan dan motosikal milik suami isteri tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI