fbpx

Lelaki asing sibuk rakam, ambil gambar kanak-kanak main taman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular tersebut.

PETALING JAYA – Tular video memaparkan tindakan mencurigakan seorang lelaki yang disyaki warga asing merakam serta mengambil beberapa gambar kanak-kanak ketika berada di sebuah taman permainan.

Tindakan lelaki tersebut sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung di taman itu apabila wanita berkenaan menyedari anaknya juga menjadi salah seorang mangsa yang diambil gambar.

“Tak tahu apa masalah dia snap (tangkap) gambar budak-budak itu. Test (cuba) kamera telefon baharu kah?

“Nak kata mata aku salah, aku perhati lama dah, bukan seminit dia snap (tangkap) sana sini gambar budak-budak. Tak akan semua budak-budak itu anak dia.

“Eh tiba, dia tangkap gambar anak aku. Terus aku rakam dia. Selepas itu dia berhenti dan pergi dari situ,” dakwa wanita terbabit dalam video yang dimuat naik di media sosial.

Tambah individu itu, dia tidak berani untuk menegur lelaki tersebut memandangkan suaminya tidak berada bersama ketika di taman permainan.

Melihat kepada kapsyen video tersebut, difahamkan kejadian itu berlaku di taman permainan di kawasan sebuah pusat beli belah di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Perkongsian wanita itu telah meraih lebih 35,000 tontonan setakat ini.

Sementara itu, di ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan rata-ratanya meminta ibu bapa untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak kerana takut insiden penculikan berlaku.

Selain itu, ada juga pengguna beranggapan lelaki tersebut mempunyai masalah mental yang menjurus kepada pedofilia.

“Hati-hati mak bapak (ibu bapa) yang bawa anak keluar, ramai orang jahat yang sedang memerhati kanak-kanak ini. Kes culik siang-siang pun dah banyak,” pesan Asyikin.

“Lelaki pedofilia, ramai mental sebab jadi ghairah lihat kanak-kanak, jangan lepas mata pantau anak-anak anda di luar, di rumah. Jangan juga suka kongsi gambar anak-anak di media sosial, kesian kalau mereka jadi mangsa manusi binatang macam itu. Sekadar nasihat,” kongsi Fauzi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI