fbpx

KBS sedia tambah atlet program RTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli (tengah) menziarah bekas pemain bola sepak kebangsaan, Harun Jusoh, di rumahnya di Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia menambah jumlah atlet dalam program ‘Road To Gold’ (RTG) bagi mencerahkan peluang negara memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris tahun hadapan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, Jawatankuasa RTG sentiasa memantau prestasi semasa atlet berpotensi yang memenuhi kriteria ranking 10 terbaik dunia.

Beliau berkata, prospek pingat dimiliki skuad hoki lelaki negara menjadikan pasukan kendalian Arul Selvaraj itu tersenarai dalam program RTG baru-baru ini.

“Perkembangan latihan serta lain-lain keperluan atlet di bawah program RTG sentiasa diteliti jawatan kuasa. Berdasarkan maklum balas diterima, semua berjalan lancar.

“Ia termasuk permintaan tambah baik latihan membabitkan jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang yang turut dipantau dari masa ke semasa,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa menziarah bekas pemain bola sepak kebangsaan, Harun Jusoh, di rumahnya di Batu Buruk.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu berkata, KBS akan membantu atlet yang berpoteni untuk diserapkan ke dalam program RTG.

Jun lalu, skuad hoki lelaki negara menjadi atlet berpasukan pertama tersenarai dalam program RTG selepas memenuhi syarat menghuni kedudukan ranking 10 terbaik dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI