fbpx

Johan nama putera sulung Tengku Mahkota Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Tengku Muhammad Faiz (kiri) dan Sofie Louise Johansson bersama putera sulung baginda yang diberi nama Johan.

KOTA BHARU – Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra menamakan putera sulung baginda dengan nama Johan.

Perkara itu diumumkan oleh Sofie Louise Johansson menerusi hantaran di Instagram miliknya malam tadi.

“Welcome to the world baby Johan,” tulisnya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (HUSM) di sini pada 17 Julai lalu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019.

Istiadat akad nikah pasangan itu diadakan di Istana Balai Besar yang disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad.

Istiadat tertutup secara sederhana tersebut dimeriahkan lebih 300 tetamu terdiri daripada kerabat Diraja dan kenalan terdekat sahaja. – KOSMO! ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI