fbpx

Jenazah Allahyarham Salahuddin selamat dikebumi di Kampung Serkat, Tanjung Piai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kakan) mengaminkan doa di kubur Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulung, Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PONTIAN – Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulung, Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Salahuddin disemadikan kira-kira pukul 12.05 pagi.

Hadir memberi penghormatan terakhir ialah ibu arwah, Aminah Abdullah, 83, balunya, Fatimah Taha, 60, serta ahli keluarga terdekat.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini.

Menurut anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, berkata, hasrat bapanya untuk meninggal dunia ketika masih berkhidmat untuk rakyat tercapai.

“Ini impian dia, dia memang pernah cakap kalau dia meninggal dunia, biarlah dalam keadaan sedang bekerja untuk rakyat.

“Sebagai anak, kami dah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat. Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat.

“Terlalu banyak nasihat dia yang saya ingat, sebelum ini dia juga pernah pesan agar jangan campur urusan kerjanya dan mengajar kami untuk berdikari dalam kehidupan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI