fbpx

Itu bukan Anakonda – Jabatan Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @yayaaazmi di Twitter, semalam.

SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan ular sawa yang muncul di kawasan perumahan di Elmina Green di sini kelmarin, bukan anakonda.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Tan Choon Yung berkata, ular sawa tersebut adalah jenis ular sawa yang dianggarkan sepanjang dua meter.

Katanya, reptilia tersebut kelihatan besar selepas video ular itu diambil dengan teknik secara dekat.

“Beberapa pegawai Jabatan Perhilitan telah ke lokasi kejadian hari ini dengan siasatan mendapati video itu diambil oleh seorang pekerja warga asing.

“Bagaimanapun, video tersebut telah dirakam secara ‘zoom in’ ketika ular tersebut menaiki bukit seterusnya menampakkan saiz ular itu kelihatan lebih besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sehubungan itu, Dennis menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut dan meminta pengesahan pihaknya terlebih dahulu terhadap mana-mana kehadiran haiwan di kawasan mereka.

Kosmo! semalam melaporkan penduduk di sekitar perumahan Elmina, Shah Alam dikejutkan dengan sebuah video tular memaparkan seekor ular sawa bersaiz gergasi sedang melingkar menaiki sebuah bukit.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yayaaazmi di Twitter, semalam, difahamkan berita tersebut dikongsi oleh salah seorang penduduk dalam kumpulan komuniti Denai Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI