fbpx

Isteri derita kanser usus, suami pula kudung akibat diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhayati dan anaknya, Muhammad Hairie melihatkan kaki kiri Mohd. Husaini yang kudung selepas dipotong akibat komplikasi diabetes kronik di rumah mereka di Kampung Gong Gemia, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Kehidupan lima beranak dari Kampung Gong Gemia di sini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka diuji dengan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan pendapatan keluarga.

Dugaan keluarga berkenaan bermula pada hujung tahun lalu apabila si isteri, Norhayati Harun, 43, yang mencari rezeki sebagai penjaja air batu campur disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Menurut Norhayati, hidupnya sekali lagi diuji apabila suami, Mohd. Husaini Husin, 42, yang menghidap diabetes kronik sejak 18 tahun lalu terpaksa kehilangan kaki kiri yang dipotong beberapa bulan lalu.

“Tidak cukup dengan itu, anak kedua kami pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 7 Jun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Gemia di sini baru-baru ini.

Norhayati berkata, tahap kesihatan yang semakin merosot menyebabkan dia dan suami kini tidak mampu lagi bekerja bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, sebelum ini, suaminya mengambil upah membaiki peralatan elektrik selain membantunya menjual air batu campur.

“Buat masa ini, kami seke­luarga terpaksa bergantung ha­rap kepada anak sulung, Muhammad Hairie Fitri, 20, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran.

“Bagaimanapun, pendapatan bulanannya sebagai pembantu kedai tidak seberapa iaitu sekitar RM200 hingga RM400,” katanya.

Norhayati berkata, mereka sekeluarga turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan selain bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Madiam) berjumlah RM3,000 setahun.

“Walaupun kami mendapat bantuan, jumlah itu masih belum mencukupi bagi menampung pelbagai kos rawatan, ubat-ubatan selain lampin pakai buang, susu khas dan kit ujian insulin yang mencecah RM1,000 sebulan.

“Kami juga mempunyai seorang anak bongsu berusia tujuh tahun yang masih di bangku sekolah.

“Harap ada pihak yang sudi menghulur sumbangan katil khas dan kerusi roda buat kami,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang bersimpati boleh menghubungi Norhayati di talian 011-25550572 untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI