fbpx

Industri komunikasi, multimedia sumbang RM140.38 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauzi (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu hadirin selepas merasmikan pelancaran Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) 2023 Master Class di Hotel Zenith Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Industri komunikasi dan multimedia memainkan peranan penting dalam landskap ekonomi negara apabila menyumbang kira-kira 8.1 peratus atau RM140.38 bilion dalam permodalan pasaran Bursa Malaysia hujung tahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kehadiran industri berkenaan dalam Bursa Malaysia menandakan kepentingannya sebagai penggerak di sebalik kemajuan teknologi dan transformasi digital.

“Sumbangan ini menunjukkan peranan penting industri dalam memupuk pertumbuhan ekonomi digital dan pembangunan ekosistem yang teguh.

“Melalui kemudahan saluran komunikasi dan platform multimedia yang cekap, industri ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pelbagai sektor untuk memanfaatkan kuasa ketersambungan dan inovasi,” katanya.

Teks ucapan beliau itu dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa sempena Majlis Pelancaran Converged Telecommunications Policy and Regulations (CTPR) Master Class 2023 di sini hari ini.

Fahmi berkata, teknologi konvergen menjadi jambatan yang menghubungkan dimensi baharu dalam perkhidmatan digital dan ia dapat dilihat menerusi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi memperkasakan negara dengan penyediaan capaian Internet yang stabil.

Jelasnya, kepentingan JENDELA lebih terserlah apabila memenangi Kategori C2-Information And Communication Infrastructure: An Essential Foundation For An Inclusive Society oleh World Summit On The Information Society (WSIS) Prizes 2023.

“Ia adalah pencapaian yang membanggakan dan pelaksanaan fasa dua JENDELA dijangka bermula akhir tahun ini bagi menutup jurang tiga peratus kebolehcapaian internet,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI