fbpx

Hasil sesi libat urus isu 3R dibentang minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

SEBERANG PERAI – Laporan hasil perbincangan Kumpulan Fokus dan Dialog Perundangan isu agama, bangsa dan institusi raja-raja (3R) akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet, minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berpendapat, lebih banyak perbincangan perlu dijalankan bagi mengkaji isu berkenaan meliputi pelbagai aspek.

“Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan Kabinet sama ada memerlukan pihak kami melakukan kajian lanjut atau sebaliknya.

“Insya Allah, mesyuarat Kabinet minggu depan saya akan bentang kesimpulan (libat urus) tetapi bagi pandangan saya, kita perlu perbanyakkan lagi perbincangan.

“Kalau kita tak melihat pada aspek perpaduan dalam jangka masa panjang, nanti sentiasa akan wujud politik yang gunakan agama, bangsa dan institusi raja sebagai elemen ‘bullet’ (peluru) politik,” katanya.

Beliau berkata ketika diminta mengulas berhubung hasil perbincangan kerajaan dan pihak berkaitan yang berlangsung Jumaat lalu.

Terdahulu, beliau merasmikan Konvensyen Komunikasi Media Madani: Komunikasi Strategik dan Digital di Bertam Resort di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azalina berkata dalam perbincangan sama, ramai berpandangan kes melibatkan media sosial menjadi cabaran masa kini.

“Sebagai mantan peguambela, masalah pensabitan dan penguatkuasaan antara cabaran utama ekoran semasa Akta Hasutan 1948 digubal, platform media sosial canggih seperti Instagram, Facebook, Twitter dan kecerdasan buatan (AI) masih belum wujud.

“Maknanya (media sosial) itu mesin, nak bawa ke mahkamah susah, sebab dia boleh buat (tulis hantaran)dan padam, oleh itu sebabnya saya akan bentang kajian fasa pertama ini kepada menteri-menteri Kabinet untuk dilihat secara menyeluruh,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI