fbpx

Hamirul julang kejuaraan Piala Mazda 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOON SAN menyampaikan Piala Mazda 2023 kepada Hamirrul di Glenmarie Golf & Country Club semalam.

SHAH ALAM – Saingan sengit kejohanan golf anjuran Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd. menyaksikan peserta, Hamirrul Hamzah yang memperoleh 66 mata berjaya menjulang kejuaraan Piala Mazda 2023 bagi kategori ahli kelab di Glenmarie Golf & Country Club semalam.

Selain ahli kelab, kategori tetamu pula menyaksikan Nahairizaki Mohd. Zin muncul juara selepas meraih 63 mata.

Terdahulu, Bermaz Motor Trading menganjurkan kejohanan tersebut dengan penyertaan seramai 242 pemain golf dan kesemua mereka bersaing dengan sengit sekali untuk merebut Piala Mazda 2023.

Menariknya, kejohanan itu menawarkan hadiah jam tangan premium, barangan ekslusif Mazda, baucar rebat bernilai sehingga RM10,000, baucar yuran hijau percuma dan cabutan bertuah.

Susulan sambutan menggalakkan, pihak pengurusan Bermaz Motor Trading mahu menjadikan kejohanan Piala Mazda sebagai acara tahunan di Glenmarie Golf & Country Club dan bakal berkembang besar pada masa depan.

“Kami telah menjemput semua peminat golf sama ada ahli kelab Glenmarie Golf & Country Club atau tetamu untuk merebut peluang luar biasa dengan mengambil bahagian pada Piala Mazda seterusnya.

“Acara ini diharap menyediakan platform untuk menjalinkan persahabatan baharu, mempamerkan bakat dan menyemarakkan semangat pertandingan dalam kalangan pemain-pemain golf,” kata Pengarah Eksekutif Bermaz Motor Trading, Tan Sri Yeoh Choon San semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN