DALAM usaha berterusan bagi membantu para pelanggan, Grab Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Inisiatif Payung Rahmah.
Menerusi kerjasama ini, Grab Malaysia akan menyediakan pelbagai pilihan makanan dan barangan runcit pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh pelanggan menerusi dua kempen istimewa iaitu Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah.
Kedua-dua kempen telah bermula pada 5 Julai dan akan berakhir pada 31 Ogos ini.
Bagi Pakej Rahmah, ia menawarkan hidangan makanan untuk seisi keluarga dengan harga serendah RM18 untuk tiga hidangan.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/GrabFood-Image.png)
Berikut adalah senarai restoran dan kedai makan yang menawarkan Pakej Rahmah antaranya adalah Bayu Sore, Restoran Nasi Kerabu Keramat, Bungkus Kaw-Kaw, Sate Rono dan Restoran SK Maju SS2.
Turut terlibat dalam kempen ini adalah Dapur Riuh Che Ta, Hotplate Sizzling Bajet Langat, Pok Nik Nasi Kukus Ayam Kampung, Pak Ku Char Kuey Teow, Lagenda Malaya dan banyak lagi restoran yang anda boleh pesan di GrabFood.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/WhatsApp-Image-2023-07-18-at-20.31.44.jpeg)
Ini menjadikan hidangan untuk tiga atau empat orang bagi seisi keluarga lebih murah iaitu serendah RM18.
Tambah menarik, diskaun tersebut tidak mempunyai jumlah atau had pembelian dan ia sah untuk seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Rahmah, pelanggan boleh layari link di sini.
Bagi Jualan Rahmah pula, Grab Malaysia dengan kerjasama pasar raya terkenal, Jaya Grocer menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan harian dan barangan segar.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/GrabMart-Image.png)
Kebanyakan barangan yang ditawarkan di platform GrabMart itu adalah mampu milik dengan harga yang berpatutan.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/image-2-e1690179250192.png)
Pelanggan bebas memilih barangan yang mereka kehendaki menerusi aplikasi tersebut.
Bagi kempen ini juga, pelanggan akan menikmati diskaun lebih 30 peratus bagi barangan yang tersenarai dalam Jualan Rahmah.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/JG_FB_groceries_people_2.jpg)
Tawaran ini juga sah untuk pelanggan seluruh negara.
Maklumat lanjut mengenai Jualan Rahmah, pelanggan boleh layari https://grb.to/JGJualanRahmah-GrabMart-KOSMO! ONLINE