WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia. Elon Musk semalam menyatakan bahawa beliau merancang untuk menggantikan logo Twitter, lapor portal berita New York Post.
Dalam komennya di Twitter, beliau berkata: “Tidak lama lagi, kami akan segera mengucapkan selamat tinggal pada logo Twitter dan secara beransur-ansur.”
Dalam hantaran sama, Musk mencadangkan agar logo burung di Twitter digantikan dengan logo huruf X.
Katanya, pertukaran logo itu seharusnya sudah dilakukan sejak lama dahulu.
Dalam kepemimpinan yang ‘bergelora’ di bawah Musk sejak beliau membeli Twitter pada Oktober 2022, syarikat itu telah mengubah nama perniagaannya menjadi X Corp sekali gus mencerminkan visi Musk untuk mencipta aplikasi hebat sama seperti WeChat di China.
Twitter tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen tentang penukaran logo itu. – Agensi