fbpx

Dua wanita didakwa tipu pelaburan ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita didakwa di Mahkamah Majistret di Seremban hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki untuk menyertai satu pelaburan ujian Covid-19. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Dua wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki untuk menyertai satu pelaburan ujian Covid-19 sehingga mengalami kerugian sebanyak RM337,000, dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, seorang kerani Pang Mui Fong, 49 dan suri rumah Chua Fui Lee, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama telah didapati dengan curangnya menipu lelaki berusia 50 tahun menyertai pelaburan ujian Covid-19.

Tertuduh mendorong mangsa untuk membuat 17 transaksi pembayaran berjumlah RM337,000 dengan melakukan kesalahan tersebut di Bandar Seremban, di sini dari 17 Disember 2021 hingga 20 April 2022.

Sehubungan itu, tertuduh bersama-sama telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, M.Pusspa mencadangkan kepada mahkamah supaya setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 manakala peguam Kevin Mahendran yang mewakili kedua-dua tertuduh kemudian memohon jumlah jaminan yang paling minimum mengambil kira latar belakang dua anak guamnya.

“Tertuduh pertama, Mui Fong hanya bekerja sebagai kerani akaun manakala tertuduh kedua, Fui Lee, adalah pesakit barah kerongkong dan hidung tahap empat yang kini masih lagi menjalani rawatan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI