fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara sehingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca cerah diramal berlaku hampir di setiap negeri sehingga pukul 5 petang, hari ini.

Menurut laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, cuaca buruk hanya dilaporkan melanda negeri Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam hantaran sama.

Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI