fbpx

China diramal pintas AS sebagai kuasa besar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jurutera memeriksa mesin pemotong laser untuk dijual kepada pengeluar automotif di sebuah kilang di Wuhan pada 12 Jun lalu. - AFP

BUCHAREST, ROMANIA – Dunia kini sedang menghadapi peralihan kuasa terbesar dalam tempoh beberapa dekad dengan Amerika Syarikat (AS) diramal kehilangan statusnya sebagai kuasa besar dunia kepada China, lapor laman berita RT kelmarin.

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban berkata, situasi itu boleh menyebabkan tercetusnya konflik besar antara Washington dan Beijing melainkan AS menerima hakikat bahawa ia tidak boleh menjadi ‘pemenang’ selama-lamanya.

“China menjadi peneraju industri pengeluaran dan kini mengatasi Amerika,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam acara tahunan bersama penyokongnya di bandar Baile Tusnad, Romania.

Tambah beliau, hanya dalam tempoh 30 tahun, China mengalami revolusi perindustrian, yang mana Barat mengambil masa sekitar tiga abad untuk mencapai tujuan itu.

“AS tidak lama lagi perlu mengucapkan selamat tinggal kepada statusnya sebagai satu-satunya kuasa besar dunia,” ujarnya.

Orban menambah, Beijing turut mencabar nilai-nilai yang ingin digambarkan oleh Washington sebagai kuasa universal dengan menganggap ia sebagai ‘ideologi yang tidak mesra’.

“Perkembangan sedemikian pastinya tidak sesuai dengan Washington yang mahu kekal berada dalam kedudukan utama di dunia selama-lamanya,” ujar Orban.

Beliau berkata, percubaan untuk mencabar penguasaan (AS) telah membawa kepada beberapa konflik besar dalam sejarah manusia.

“Tidak ada pemenang dan pengalah yang kekal. 

“Konflik antara dua kuasa besar itu pasti akan berlaku dan tidak dapat dielakkan,” kata Orban.

Justeru, tegas beliau, dunia perlu mencari keseimbangan baharu selain kedua-dua pihak yang bertelagah harus mengiktiraf kesaksamaan antara satu sama lain. 

“Negara-negara utama di seluruh dunia perlu menerima hakikat bahawa pada hari ini, dominasi AS bukan lagi secara tunggal, sebaliknya terdapat dua kuasa besar (China),” katanya.

Hungary dikenali sebagai antara negara yang lantang mengkritik dasar-dasar Barat di tengah-tengah konflik Russia dan Ukraine. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI