BELUM reda cerita perpisahan dengan Dalton Gomez, nama Ariana Grande kembali menjadi sebutan apabila timbul khabarkan sedang bercinta dengan pelakon, Ethan Slater.
Gosip tersebut tercetus apabila hubungan mereka dilihat semakin mesra selepas bergandingan bersama dalam filem Wicked.
Difahamkan, hubungan mereka mula terjalin beberapa bulan sebelum berita perceraian Grande dan Gomez tersebar luas.
Manakala, Slater pula dilaporkan sudah berpisah dengan isterinya, Lilly Jay sebelum menjalin hubungan dengan Grande.
Slater juga sudah menukar mode Instagramnya kepada privasi dan membuat limitasi ruangan komen.